PRN Melaka 2026 · Panduan

PACA tu sebenarnya
apa?

PACA merujuk kepada Ejen Tempat Mengundi (Polling Agent / PA) dan Ejen Mengira Undi (Counting Agent / CA). Mereka dilantik untuk mewakili calon semasa proses mengundi dan mengira undi.

Hari mengundiSabtu · Disahkan SPR

PA
Ejen Tempat MengundiPolling Agent
CA
Ejen Mengira UndiCounting Agent
Bukan petugas SPR.Bukan pemerhati bebas.Dilantik untuk calon.

01 · Urutan hari pilihan raya

Kat mana PACA masuk dalam proses ni?

PACA tak terlibat dalam setiap langkah.PACA terlibat pada dua bahagian penting: masa mengundi dan masa mengira undi.

  1. 01Persediaan
  2. 02PengundianPAPolling Agent
  3. 03Tutup pengundian
  4. 04Sedia untuk mengira
  5. 05PengiraanCACounting Agent
  6. 06Rekod & semak keputusan
  7. 07Borang 14Rekod rasmi keputusan saluran

PA · Polling Agent

CA · Counting Agent

02 · Polling Agent

Hadir semasa orang mengundi.

Polling Agent memerhati proses pengundian bagi pihak calon yang diwakili, supaya perjalanan proses boleh diperhatikan berdasarkan peraturan yang terpakai.

03 · Counting Agent

Hadir semasa undi dikira.

Counting Agent memerhati pengiraan undi bagi pihak calon yang diwakili, termasuk rekod keputusan di saluran mengundi.

04 · Borang 14

Rekod keputusan pengiraan di saluran itu.

Portal Pendidikan Pengundi SPR menerangkan Borang 14 sebagai keputusan rasmi saluran yang dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. Salinan diberikan kepada setiap ejen mengira yang hadir.

05 · Apa yang PACA tak buat

×

PACA tidak mengendalikan pilihan raya.

×

PACA bukan petugas SPR.

×

PACA memerhati proses. Keputusan mengenai undi ragu dan sama ada sesuatu kertas undi ditolak dibuat oleh Ketua Tempat Mengundi mengikut proses yang ditetapkan.

×

PACA tidak sama dengan pemerhati bebas bertauliah.

06 · Sebelum korang decide

Tahu dulu apa yang akan jadi lepas ni.

Berminat tak bermaksud korang terus dilantik sebagai PACA. Latihan, kelayakan, tugasan, komitmen masa dan aturan operasi akan disahkan oleh pasukan kempen BERSAMA bila butiran dah dimuktamadkan.

Tarikh latihan, tugasan individu dan butiran penugasan belum disahkan.